Makluman Penang Athlete Career Education (PACE)

PACE diwujudkan bagi menyelaraskan serta menyediakan platform untuk mencari peluang-peluang dan program yang akan dijadikan sebagai asas dalam memberikan keyakinan kepada atlet-atlet negeri dari segi jaminan dan masa depan mereka. Unit PACE ini terdiri daripada tiga teras utama iaitu Program Pendidikan, Kerjaya dan Kebajikan.

Objektif penubuhan Penang Athlete Career Education (PACE) adalah untuk menyokong atlet di dalam Pendidikan, Kerjaya dan Kebajikan. Atlet perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti aktif dalam program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, atlet yang menyertai SUKMA termasuk sukan pilihan (Tahap 1, 2 dan 3), atlet yang berumur 23 tahun ke bawah, bekas atlet dalam tempoh 2 tahun selepas kejohanan yang diiktiraf dibawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Selain itu, atlet juga perlu menyertai Kejohanan Sukan Malaysia atau Kejohananan Kebangsaan atau Kejohanan Remaja Kebangsaan atau setaraf dengannya.

Untuk merealisasikan usaha ini, unit PACE juga turut menyediakan 6 jenis bantuan yang akan diberikan kepada atlet yang berkelayakkan seperti Bantuan Insentif Pendidikan IPT (one-off), Bantuan Biasiswa Sukan (sepanjang pengajian), Bantuan Khairat Kematian Atlet (one-off), Bantuan Rawatan Penyakit (one-off), Bantuan Kos Pembedahan (one-off) dan Bantuan Bencana Alam (one-off).

Bantuan Insentif Pendidikan IPT akan diberikan hanya sekali sahaja mengikut dua jenis kategori iaitu Atlet Tahap 1, 2 dan 3 dan juga bekas atlet negeri dalam tempoh 2 tahun selepas kejohanan. Bantuan ini akan diberikan kepada atlet yang sedang mengikuti program pendidikan seperti Sijil Kemahiran, Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda . Program pengajian ini mestilah tawaran program sepenuh masa sahaja (bermula tahun 2021).

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga turut menawarkan Bantuan Biasiswa Sukan sebagai galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT diseluruh Malaysia. Biasiswa ini ditawarkan kepada atlet-atlet yang memenuhi syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu perlu merupakan salah seorang dari atlet tahap 1 (SUKMA SAHAJA), keluarga atlet dalam kategori berpendapatan isi rumah B40 & bukan B40, atlet melepasi pencapaian minimun CGPA yang telah ditetapkan dan kursus/program yang dipilih mestilah mempunyai pengiktirafan sijil MQA (Malaysian Qualification Agency).


BORANG PERMOHONAN & SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

  • Bantuan Insentif Pendidikan (One Off)

    Insentif Pendidikan ini ditawarkan kepada atlet-atlet negeri yang berstatus :-

    *Tahap 1* : Atlet Shortlist untuk ke SUKMA (Final Squad),
    *Tahap 2* : Atlet yang berada dalam senarai Long List untuk ke SUKMA
    *Tahap 3* : Atlet yang berada dalam skuad Latihan SUKMA

    dari program MSNPP yang terdiri dari atlet-atlet SUKMA negeri Pulau Pinang dan juga kepada atlet-atlet dari sukan bukan SUKMA tetapi telah mewakili negeri di kejohanan kebangsaan atau Remaja Kebangsaan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Bantuan ini diberikan hanya sekali kepada atlet-atlet yang telah menerima tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS untuk mengikuti program pendidikan seperti Sijil Kemahiran, Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bermula dari tahun 2021 dan ke atas sahaja . Program pengajian ini mestilah tawaran untuk program pengajian sepenuh masa.

 

Bantuan SKAN ini diperuntukan untuk membantu atlet-atlet yang kurang berkemampuan di dalam mendapatkan rawatan bagi membiayai kos perubatan terhadap sebarang penyakit yang dialami (kanser, serangan jantung, sakit buah pinggang, stroke, lumpuh, kencing manis) atau untuk membiayai bantuan kos perubatan diatas kecederaan yang dialami ketika mewakili negeri Pulau Pinang sebagai atlet negeri dibawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengikut dua jenis kategori iaitu Atlet Tahap 1, 2 dan 3 dan bekas atlet negeri dalam tempoh 2 tahun selepas kejohanan. Selain itu, penyaluran bantuan kebajikan ini turut merangkumi bantuan untuk Khairat Kematian dan Bencana Alam.

Tajaan Biasiswa Sukan ini diperuntukan kepada atet-atlet Aktif dibawah program latihan Tahap 1 (Shortlisted untuk ke SUKMA Sahaja) dan kepada atlet yang bukan terdiri dari Sukan yang dipertandingkan di SUKMA tetapi mempunyai taraf seperti Bertaraf SUKMA/Kebangsaan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2021 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun ke-2 dan ke atas (pada tahun 2021) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang diktiraf of Malaysia Qualification Agency (MQA).

Biasiswa ini diperuntukan kepada atlet aktif SUKMA dari kategori pendapatan isi rumah B40 dan bukan B40 (menerima jumlah biasiswa yang kurang 20%) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sahaja.

Ijazah Sarjana Muda (4 tahun pengajian)
Kategori B40 : RM1,500 satu semester
Kategori Bukan B40 : RM 1,200 satu semester
CGPA Minima : 2.75

Diploma (3 tahun pengajian)
Kategori B40 : RM1,000 satu semester
Kategori Bukan B40 : RM800 satu semester
CGPA Minima : 2.50

Tempoh tajaan biasiswa adalah sepanjang satu (1) semester untuk program tersebut dan pemohon perlu mengemukakan permohonan baru setiap semester dengan keputusan peperiksaan akhir IPT jikalau CGPA melepasi tahap minima yang telah ditetapkan untuk penyambungan biasiswa. Biayaan biasiswa akan diberikan pada setiap semester sehingga atlet tersebut berjaya menamatkan pengajian sepenuhnya dan bergraduasi.

Penang Athlete Career & Education (PACE)

Program yang menyokong ke arah kejayaan atlet negeri Pulau Pinang di dalam bidang Pendidikan, Kerjaya dan Kebajikan.

  • Diwujudkan bagi menyelaras serta menyediakan platform untuk mencari peluang-peluang dan program yang dijadikan sebagai asas dalam memberikan keyakinan kepada atlet-atlet negeri dan bekas atlet negeri (tidak melebihi 2 tahun selepas penyertaan SUKMA yang terakhir)dari segi jaminan masa hadapan mereka.
  • Terdiri dari 3 teras utama iaitu PENDIDIKAN, KERJAYA & KEBAJIKAN.
  • Diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Bil 2/2020 pada 5 Jun 2020 selaras dengan penstrukturan semula organisas MSNPP.
  • PACE telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 2020.

 

Urusetia PACE
Ketua Unit : Pn. Azura Bt. Abdul Rahman
Unit Pendidikan : En. Kelvin Tan Chee Sheng
Unit Kerjaya : Pn. Sharifah Shahida Bt. Syed Ali
Unit Kebajikan : Pn. Noor Falissa Bt. Shabudin