LATEST NEWS

Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit - 12 November 2017

Terima kasih kepada atlet-atlet Pulau Pinang, Jurulatih Sukan dan wakil Persatuan Sukan Negeri yang turun bersama-sama dengan para sukarelawan Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir pada 12 November 2017 di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam. #PulauPinangBangkit

Untuk paparan lanjut, layari Facebook MSNPP di https://www.facebook.com/Penang-State-Sports-Council-116767285017637/


 #PENANGBANGKIT

Program “Pulau Pinang Bangkit” adalah sebuah rancangan pasca-bencana Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina, memulih, dan mengembalikan semula Pulau Pinang kesayangan kita kepada keadaan sedia kala sebelum bencana. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dan memastikan mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

http://www.penangbangkit.com/

Seminar Pengurusan Sukan MSNPP 2017

Seminar Pengurusan Sukan bertemakan Pengurusan Efektif ke arah Kecemerlangan Prestasi,  Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 2017 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 20 hingga 22 Oktober 2017 bertempat di Pusat Konvensyen 33, Kompleks Prangin Mall, Pulau Pinang. Ianya telah dihadiri oleh seramai 145 peserta terdiri dari wakil persatuan sukan negeri, jurulatih sukan negeri, universiti dan kolej pengajian tempatan, jabatan dan agensi sukan negeri beserta pegawai-pegawai sukan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Antara ucaptama seminar ini terdiri dari Dr. Michel Gagne, Y.Bhg Dato' Low Beng Choo (Majlis Olimipik Malaysia), Y.Bhg Dato' Sieh Kok Chi (Majlis Olimpik Malaysia), Y.Bhg Dato' Dr. Ramlan Abdul Aziz (ADAMAS), Y.Bhg. Dato' Zaiton Othman (Pesuruhjaya Sukan Malaysia), Encik Suhardi Bin Alias (Majlis Sukan Negara Malaysia) dan Encik Peter Chee Nyuk Min.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang.  

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja dari Demi Dinamik Sdn Bhd, Yeo Hiap Seng (Yeo's) dan juga Lot 33 Prangin Mall.