W3C
Laman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) /Disability Access. Kemudahan W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 diwujudkan supaya menjadikan Laman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ini mesra pengguna terhadap keperluan OKU.
A) Pengguna cacat penglihatan;
Dapatkan IE Page Reader di sini.
1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.
B) Pengguna buta warna;
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templete Laman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan berubah serta-merta.
C) Pengguna warga tua;
Bagi pengguna warga tua, Laman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halamanLaman Web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.