Apakah itu sukan Ping Pong?
Ping-pong (juga dipanggil "tenis meja") merupakan sejenis sukan dan permainan dalam yang popular.
Pemain akan memukul bola berulang-alik di atas sebuah meja yang mempunyai jaring di tengahnya menggunakan pemukul atau bet. Pemain cuma boleh memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan.
Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini laju dan memerlukan reaksi pantas. Permain yang mahir boleh memberikan "putaran" pada bola, yang membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus menyukarkannya dibalas.
Pukulan Ping-Pong Asas
Untuk bermain ping-pong permainan yang baik, anda perlu menguasai strok asas terlebih dahulu. Tanpa asas yang kuat dalam asas tenis meja, anda akan mengalami kesukaran untuk mengawal pukulan bola.
Peralatan Permainan Ping Pong
Meja Ping Pong : Mestilah berbentuk segi empat tepat dan mempunyai ukuran seperti di bawah:
Panjang = 274 cm
Lebar = 152.5 cm
Ketinggian jaring = 15.25 cm
Tinggi permukaan permainan dari lantai = 76 cm
Raket / Bet
- Boleh sebarang saiz, bentuk/berat
- Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk memukul bola.
- Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk memukul bola.
- Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau merah, bergantung pada warna getah di permukaan sebelahnya.
Bola Ping Pong
- Bola mempunyai diameter 40mm.
- Berwarna putih atau oren boleh digunakan dalam permainan.