Daftar Minat ke Klinik Pengenalan Sukan Untuk Semua

Selaras dengan wacana dalam visi Penang2030 untuk terus memperkasa Peranan dan Bakat Modal Insan khususnya dalam budaya bersukan, Jawatankuasa MMK Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah berusaha untuk merancang serta melaksanakan beberapa siri penganjuran Klinik-Klinik Pengenalan Sukan yang bakal dilangsungkan pada bulan September, Oktober, November dan Disember 2021 (*bergantung kepada situasi terkini pandemik Covid-19 dan arahan terhadap pematuhan SOP dari MKN/KKM/KBS yang dikeluarkan dari semasa ke semasa).

Program Sukan Untuk Semua (Sports For All) yang merupakan inisiatif bagi mewujudkan platform pengenalan sukan yang membolehkan anak-anak muda peringkat akar umbi serta bakat-bakat baru Pulau Pinang untuk mengenali, mencuba, dan merasai dengan sendiri akan jenis-jenis permainan yang diperkenalkan pada setiap bulan dengan harapan ianya akan mendekatkan mereka dengan sukan ini dan menjadi bakal juara baharu di masa hadapan.

Bilangan peserta yang diterima adalah sebanyak 150 orang untuk setiap satu klinik sukan yang dianjurkan, namum bilangan akhirnya adalah tertakluk kepada SOP yang diumumkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara/Kementerian Kesihatan Malaysia / Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Berikut merupakan pautan pautan pendaftaran minat bagi sukan sukan yang akan dijalankan. Peserta yang berminat boleh mendaftar di pautan yang tertera untuk mengikuti program yang dianjurkan.

KLINIK KABADDI : https://forms.gle/2PwktnYDCKFaczAo9

KLINIK SILAMBAM : https://forms.gle/w6PP32mR64GQ9ber7

KLINIK HOKI : https://forms.gle/tMSgHc4KCbvxF4Sm9

KLINIK KANU : https://forms.gle/ZdfCrzhwX2UnmruU7

KLINIK FLOORBALL : https://forms.gle/ETtEcJwRSFa1smso7

KLINIK TENPIN BOLING : https://forms.gle/pgPM1FSj9FJqUtbp9

KLINIK GIMNASTIK ARTISTIK : https://forms.gle/nNpeGj5RC5xrAZP16

KLINIK KRIKET : https://forms.gle/q4HxBJb7P3U7XWE98

KLINIK MENDAKI : https://forms.gle/icRy4Zu8aWzJZzzw8


PENDAFTARAN DITUTUP

KLINIK WUSHU : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 11 September 2021

KLINIK SILAT TUA : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2021

KLINIK SEPAK TAKRAW : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 16 Oktober 2021

KLINIK BOLA JARING : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2021

KLINIK BOLA SEPAK : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 24 Oktober 2021

KLINIK OLAHRAGA : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 6 November 2021

KLINIK SCUBA DIVING & FREE DIVING DISCOVERY : Pendaftaran ditutup dan penganjuran program telah dilaksanakan pada 6 & 7 November 2021

 

Sebarang sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit Sports For All di talian 04-6593713/14/15 atau menghantar pertanyaan melalui emel di msnppsfa@gmail.com untuk maklumat lanjut.