LATEST NEWS
SKIMAS Kejayaan Sukan Komanwel XXI 2018


Dato' Wira Lee Chong Wei dan atlet bergu campuran negara Chan Peng Soon, dua orang atlet badminton Pulau Pinang yang telah mewakili negara Malaysia ke Kejohanan Sukan Komanwel Ke-21 di Gold Coast, Australia 2018 pada 4 hingga 15 April 2018 telah berjaya memenangi 1 butir pingat emas, 1 butir pingat perak dan 1 pingat gangsa daripada sejumlah 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 12 pingat gangsa yang dimenangi oleh Kontinjen Negara. Melalui kemenangan tersebut, kedua-dua atlet Badminton Pulau Pinang ini telah menerima pemberian insentif dibawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) berjumlah RM31,800.00. Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 31 Mei 2018. Tahniah dan Syabas!
More Articles ...
- Sekalung Tahniah
- ESM BUKA PELUANG SERTAI PASUKAN KEBANGSAAN
- Emas Sukan Komanwel 2018
- Selamat Berjuang Atlet Sukan Komanwel XXI Gold Coast 2018 di Australia
- Tahniah Olahragawan & Olahragawati Negara 2017
- Tahukah Anda Mengenai SUKMA?
- Pelancaran logo, maskot dan lagu Sukma 2018 meriah
- Tahniah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang
- Tahniah kepada Skuad Skuasy Negara
- Pengiktirafan Atlet Terbaik Malaysia Astro Arena

