LATEST NEWS

Hari Wanita Sedunia 2015

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2015 kepada seluruh warga sukan wanita di negeri Pulau Pinang dan Malaysia.  

Tema sukan antarabangsa pada tahun ini adalah "Make It Happen" - For Fairer Recognition of Women in Sport. 

Risiko Cuaca Panas

Orang ramai disaran untuk mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak risiko akibat cuaca panas.

Pemangku Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ariffin Mohamad berkata, saranan tersebut dilihat amat bertepatan dengan keadaan negara yang bakal berhadapan cuaca panas minggu depan.

“Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh kementerian sangat komprehensif sekali gus merupakan inisiatif bagi mengurangkan kesan sampingan terhadap tubuh akibat cuaca panas.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti saranan tersebut agar tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sepanjang fenomena itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam satu risalah nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai untuk mengurangkan kesan sampingan yang berkemungkinan akan berlaku ketika cuaca panas yang turut mengakibatkan serangan strok haba.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan di samping mengambil minuman isotonik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Selain itu, mereka perlu hadkan aktiviti luar rumah dan sebolehnya berada di dalam bangunan.

Antara gejala yang sering terjadi semasa cuaca panas adalah sakit kepala, keletihan, pening, kekejangan otot serta mual.

Sumber : www.utusan.com.my