Sukan SUK SeMalaysia 2014

Kejohanan Sukan Antara Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan integrasi melalui sukan dengan cara memupuk semangat kesukanan dan budaya hidup secara sihat serta bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan Kerajaan Negeri di seluruh Malaysia.

Kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan ini akan melibatkan tujuh (7) jenis acara sukan yang meliputi Badminton, Bola Sepak, Bola Jaring, Ping Pong, Golf , Tenpin Boling dan Sepak Takraw.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah ke-5 pada acara yang akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 4 hingga 7 November 2014. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://sukansuk2014.penang.gov.my/