LATEST NEWS

Pelancaran logo, maskot dan lagu Sukma 2018 meriah

IPOH 20 Jan. - Perak hari ini melancarkan logo, maskot dan lagu Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-19 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini di semua 12 daerah di negeri ini.

Berslogankan 'Wow! Kita Hebat', sebanyak 11,000 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara bakal bertanding dalam 26 jenis sukan merangkumi 369 acara yang dipertandingkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, penganjuran Sukma XIX Perak 2018 yang berbaki 235 hari lagi, bakal melakar satu sejarah kerana bakal diraikan di seluruh pelosok negeri ini dengan segenap rakyat dapat merasainya.

Tahniah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ar. Yew Tung Seang, Presiden Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang baru menggantikan Dato' Maimunah Bt. Mohd Shariff yang kini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif United Nation (UN) Habitat di Kenya. Jawatan Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang kini disandang oleh Ir. Addnan Mohd Razali.