LATEST NEWS

Emas Sukan Komanwel 2018

Datuk Wira Lee Chong Wei menang pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini. Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, beliau telah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India dengan kiraan 19-21, 21-14, 21-14.

Ini adalah pingat emas ketiga Chong Wei dalam edisi Sukan Komanwel pada acara perseorangan lelaki selepas memenanginya pada 2006 dan 2010, lapor Bernama.

Maklumat lanjut mengenai kejayaan kontinjen Negara boleh disemak melalui https://www.mysumber.com/pingat-sukan-komanwel.html

Selamat Berjuang Atlet Sukan Komanwel XXI Gold Coast 2018 di Australia

All The Best kepada atlet Negara dan Negeri Pulau Pinang yang akan menyertai Sukan Komanwel XXI Gold Coast 2018 di Australia yang akan berlangsung pada 4 hingga 15 April 2018. 
#teammalaysia#kitajuara

1. Ooi Tze Liang - Terjun
2. Chan Peng Soon - Badminton
3. Datuk Wira Lee Chong Wei - Badminton 
4. Jeremiah Loo Phay Xing - Gimnastik
5. Muhammad Azri Hassan - Hoki 
6. Siti Nor Amarina Ruhani - Hoki 
7. Siti Rahmah Othman - Hoki
8. Azalina Arshad - Lawn Bowls
9. Dato' Nicol Ann David - Skuasy
10. Ivan Yuen Chee Wern - Skuasy
11. Zaidatul Husniah Bt. Zulkifli - Olahraga