LATEST NEWS

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MSN 2018

BATU UBAN – Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee mempunyai peranan penting dalam menerajui tanggungjawab meneruskan kecemerlangan sukan negeri.

Lip Chee berkata mantan exco (Belia & Sukan) yang lalu, Chong Eng telah meletakkan asas yang kukuh buat beliau sepanjang memegang jawatan tersebut semenjak tahun 2013. “Saya berharap dapat mencontohi beliau dan meneruskan legasi kecemerlangan Chong Eng. “Dan juga meneruskan kemajuan sukan di peringkat negeri dan juga antarabangsa,” ujarnya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) di sini, semalam.

Hadir sama Chong Eng yang kini merupakan Exco Pembangunan Wanita & Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam dan Frederick Tan Tech An (Pengarah MSNPP).