Larian Obor Kuala Lumpur 2017 - Peringkat Pulau Pinang

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang juga dikenali sebagai KL2017 akan dilaksanakan di peringkat negeri Pulau Pinang pada 3 hingga 6 Julai 2017.

Larian simbolik ini melambangkan persekutuan antara negara-negara ASEAN di mana tuan rumah Sukan SEA sebelumnya, Singapura akan menghulurkan baton ke tuan rumah Sukan SEA tahun ini, Malaysia. Larian Obor seterusnya akan berlangsung dari 13 Mei hingga 12 Ogos 2017, melalui semua 16 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Acara permulaan bagi peringkat negeri Pulau Pinang akan menyaksikan Obor Sukan SEA dibawa secara berenang pada jam 9.00 pagi merentasi Selat Melaka dari Pulau Jerejak ke Jeti Polis Marin sebelum diteruskan melalui acara larian sejauh 8.2km melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Lebuhraya Jelutong, Jalan Recsam, Jalan Sultan Azlan Shah dan tamat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang pada hari Isnin, 3 Julai 2017.

Dato' Lee Chong Wei Terima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman

lcw Anugerah

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman pada majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang di sini, malam Jumaat.

Chong Wei ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembira dan terharu diberikan penghargaan sedemikian.

"Saya sangat terharu, ini pertama kali saya mendapat pengiktirafan anugerah sebegini, dan ia memberi motivasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Pemenang pingat perak bagi temasya Olimpik Rio 2016 itu berkata penghargaan anugerah itu juga merupakan pemangkin untuk dirinya terus menyambung karier dan perjuangan pada sukan Olimpik akan datang.