Portal

Web Versi Mobile

Mobile Web Portal Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Cara melayari Portal Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menggunakan telefon bimbit anda.

1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).


2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).


3. Pilih pelayar ('browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.).


4. Layari laman web menggunakan 'browser' dengan menaip http://msnpp.penang.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

FAQ

1. Adakah kemudahan dan peralatan sukan dibawah seliaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terbuka kepada kegunaan orang ramai?

Kebanyakan pusat latihan dan peralatan sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah untuk kegunaan atlet-atlet elit dan pelapis negeri yang menjalani latihan setiap hari. Atlet perlu memohon untuk menjadi seorang atlet negeri melalui Persatuan Sukan Negeri untuk sukan-sukan yang terbabit.

Kemudahan sukan yang boleh disewa oleh orang ramai hanyalah Stadium Negeri Batu Kawan, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Kompleks Sukan Titi Mukim dan Pusat Bina Diri Pantai Robina.

 

2. Senaraikan kemudahan-kemudahan sukan yang berada di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

  • Kompleks Sukan Titi Mukim, Kepala Batas.
    (Badminton, Petanque, Futsal, Tinju)
  • Pusat Bina Diri Pantai Robina, Teluk Air Tawar.
  • Wisma Angkat Berat, Bukit Mertajam.
  • Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bunga.
  • Pusat Latihan Ping Pong, Permatang Manggis, Kepala Batas.
  • Pusat Latihan Ping Pong, Gat Lebuh Macallum.
  • Pusat Latihan Gimnastik MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Gimrama MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Gimnasium MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Silat MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Tinju MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Wushu MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Angkat Berat MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Angkat Berat SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau.
  • Pusat Latihan Menembak, Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga.
  • Pusat Latihan Bola Tampar Kampung Buah Pala, Glugur.

 

3.  Senarai kemudahan-kemudahan sukan yang disewa untuk program pembangunan Sukan Negeri Pulau Pinang.

  • Pusat Latihan Judo, Jalan Barnett.
  • Lapangan Memanah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.
  • Dojo Karate, Jalan Agryll, Pulau Pinang.
  • Pusat Latihan Bowling : Megalanes Perai, Sunshine Square Bowling, Penang Bowl.