Portal

Panduan Pengecualian Lesen Hiburan dan Duti Hiburan ke Atas Aktiviti Tenpin Boling Pulau Pinang 2021

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pihak terutamanya pengusaha yang menjalankan perniagaan aktiviti tenpin boling di seluruh negeri Pulau Pinang dengan mengambilkira peruntukan undang-undang, syarat-syarat, konsep perniagaan dan kesesuaian kawasan setempat untuk aktivit tenpin boling yang dijalankan supaya layak mendapatkan pengecualian permohonan dan pembayaran cukai lesen hiburan dan duti hiburan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021.

MUAT TURUN / DOWNLOAD BORANG-BORANG PERMOHONAN 


Setiap permohonan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengecualian Lesen Hiburan dan Duti Hiburan bagi Aktiviri Tenpin Boling yang akan diwakili oleh pelbagai agensi jabatan Kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Pegawai Pembangunan Sukan Tenpin Boling Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di talian 04-659 3714.