- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Majlis Pementeraian Perjanjian Persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) Diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Bersama Syarikat VitaHealth Sdn Bhd
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan pembekal makanan nutrisi ternama di Malaysia menerusi syarikat VitaHealth Sdn Bhd sebagai Rakan Nutrisi Sukan Rasmi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Majlis pementeraian perjanjian persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama syarikat VitaHealth Sdn Bhd telah disempurnakan oleh YB. Daniel Gooi Zi Sen (Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang) petang tadi di Bilik Nilam, tingkat 53, Komtar.
VitaHealth merupakan jenama pembekalan “Supplement” kesihatan yang telah sekian lama berada di pasaran bermula dari tahun 1947 lagi. Berbekalkan slogan “VITAHEALTH : HEALTH LIFE, HAPPY VIBES!”
Dengan kerjasama ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan berupaya mewujudkan impak positif yang baik dan merangsangkan lagi pertumbuhan industri sukan di negeri Pulau Pinang terutamanya kepada atlet SUKMA negeri Pulau Pinang dan atlet yang mempunyai potensi yang tinggi untuk memenangi pingat emas dalam Temasya Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan datang.
Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat mengembangkan dan membangunkan produk VitaHealth dalam dunia sukan serta membantu meningkatkan prestasi atlet SUKMA negeri Pulau Pinang.
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat VitaHealth Sdn Bhd, yang diwakili oleh Dr. K S Beh (Country Head at Vita Life Science Malaysia & Singapore) dan Cik Elysee Ngan Siew Chin (Senior Marketing Manager of Vitahealth Sdn Bhd). Semoga penerusan perjanjian kerjasama ini dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk turut menjadi rakan strategik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2024
Dengan penuh semangat kesukanan, Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 dengan harapan yang tinggi bagi seluruh komuniti sukan di negeri Pulau Pinang.
Semoga atlet-atlet berbakat dari negeri ini terus bersinar dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi, membawa pulang kejayaan dan kebanggaan untuk sukan negeri kita.
Keazaman dan semangat juang kita diharapkan akan terus menjadi inspirasi bagi generasi muda, mencorak masa depan sukan Pulau Pinang dengan kecemerlangan.
#untuksukankita
#poweruppenang
#MineTheGold
#kitabolehpenangboleh
#sukmasarawak2023
Artikel-artikel lagi...
- Penang Sports Excellence Symposium 2023
- Le Tour de Langkawi Malaysia 2023 kembali lagi dengan edisi ke-27 yang bertemakan “Beat the Heat”!
- Sekalung Tahniah YB. Daniel Gooi Zi Sen atas pelantikan sebagai Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
- Majlis Makan Malam Dan Pertandingan Akhir Karaoke Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri Se-Malaysia (FESMAS) XVI 2023, Pulau Pinang.
- 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟏𝟗-𝟐𝟎𝟐𝟐
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SELURUH WARGA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
- Selamat Menyambut Bulan Ramadan
- PERASMIAN GALERI SUKAN NEGERI PULAU PINANG
- PERASMIAN AKADEMI ESPORTS NEGERI PULAU PINANG
- SKIM SUKAN AWAM PULAU PINANG 2030 (SAP2030)