PENTING : PENCEGAHAN COVID-19

Selaras dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19.

Semua acara sukan samada berbentuk latihan berkumpulan, berpusat ataupun penyertaan pertandingan dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang serta latihan atlet dibawah kendalian Jurulatih Sukan Negeri akan ditangguhkan serta dibatalkan berkuatkuasa dari hari ini, 16 hingga 31 Mac 2020 (14 hari) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa.

Semua atlet negeri, persatuan sukan negeri dan penggiat sukan digesa agar mematuhi Arahan Kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi diutamakan sepenuhnya bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

Antara langkah-langkah pencegahan umum yang wajar dilaksanakan oleh semua atlet negeri dan penggiat sukan adalah seperti berikut:-

1. Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

2. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila ada tanda gejala atau berhubung/berurusan dengan orang lain.

3. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 dan tidak dihadiri oleh atlet dan penggiat sukan negeri.

4. Sekiranya mana-mana atlet, jurulatih dan pengiat sukan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

5. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

6. Atlet, Jurulatih dan Penggiat Sukan tidak menyertai/menghadiri/melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

7.  Atlet, Jurulatih dan Penggiat Sukan  yang bergejala jangkitan saluran pernafasan agar tidak menyertai/menghadiri/berkunjung/melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Sekian, harap maklum.

YB Soon Lip Chee
Pengerusi
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Tarikh :  16 Mac 2020

Program Kesedaran Anti-Doping bersama Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan dan Sesi Motivasi

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu Program Kesedaran Anti-Doping bersama Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan dan Sesi Motivasi pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 15 Februari 2020 [Sabtu]
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Auditorium C, Tingkat 5, KOMTAR

Sehubungan dengan itu, Jurulatih Penuh Masa MSNPP, Jurulatih Sambilan MSNPP, Jurulatih Sambilan SUKMA MSNPP, Jurulatih Luar Negara MSNPP adalah diwajibkan untuk hadir program tersebut.

Di samping itu, seorang wakil daripada pihak persatuan, terutamanya Presiden ATAU Setiausaha, juga dijemput dan dialu-alukan untuk hadir.

Maklumbalas Jurulatih dan Persatuan perlu diberikan atas talian berikut *sebelum 7 Februari 2020*:

https://forms.gle/R3yFomqUNpii3zLa7

TQ.