Penang Lawan Covid-19

Kita mesti memupuk semangat #kitajagakita untuk membina solidariti dengan kelompok masyarakat yang memerlukan. Semua ini memerlukan usaha seluruh masyarakat dan saya menyeru agar semua pihak bersama-sama menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, lebih sihat dan lebih peduli. Saya yakin, melalui usaha kita semua, negeri Pulau Pinang akan mampu untuk keluar daripada krisis ini dan terus berkembang maju serta cemerlang.

YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang
17 April 2020

#PenangLawanCovid-19

PENANGGUHAN SUKMA XX JOHOR 2020

[Makluman Terkini 25 Mac 2020]

Dimaklumkan bahawa Sukan Malaysia XX Johor 2020 yang dijadualkan pada bulan Julai 2020 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang bermesyuarat khas secara sidang video pada hari ini telah membuat keputusan tersebut selepas mengambilkira aspek keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut ekoran ancaman wabak COVID-19 yang melanda negara Malaysia buat ketika ini.