- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Atlet Pulau Pinang beraksi Cemerlang di Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017
Tahniah kepada Pavitradevi Jayaindraan yang telah berjaya memenangi Pingat Emas serta memecah rekod kejohanan dalam acara merejam lembing di dalam Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017 (Athletic Asian Sports School Championship 2017) yang sedang berlangsung di Singapura pada 15 - 18 Julai 2017. Beliau berjaya mencatat rejaman sejauh 43.96m. Selain itu, Fakriez Bin Fazuri juga pada hari yang sama berjaya memenangi pingat gangsa di dalam acara lontar peluru dengan balingan sejauh 15.30m.
Tahniah dan Syabas dari seluruh warga sukan Pulau Pinang.