Penang Black Panthers Muncul Juara Edisi Ketiga Liga Sepak Takraw (STL)

 

Selaku juara, Penang Black Panthers membawa pulang piala kejohanan dan wang tunai RM40,000 manakala Kuala Lumpur Thunder meraih RM20,000 selaku naib juara. Hadiah kepada kedua-dua pasukan disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Hadir sama, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Ketua jurulatih Penang Black Panthers, Mohd Helmi Ismail memuji persembahan cemerlang dipamerkan pemainnya pada aksi berkenaan sambil berterima kasih kepada penyokong mereka yang hadir menyaksikan aksi final itu.

"Kejayaan ini hasil usaha keras pemain, pihak pengurusan dan juga penaja pasukan, Minimax yang memberi sokongan padu dari segi penajaan kepada pasukan," katanya. Terdahulu, juara bertahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians menewaskan Terengganu Turtles 21-12, 24-22 pada aksi penentuan ketiga dan keempat.

Untuk rekod, Penang Black Panthers mara ke final selepas mengejutkan ATM Guardians 21-16, 15-21 dan 21-12, manakala Kuala Lumpur Thunder menewaskan Terengganu Turtles 21-14, 21-14 pada aksi separuh akhir, semalam.

Aksi pusingan awal kejohanan berlangsung sejak 30 Sept sehingga 11 Dis lepas, yang melibatkan penyertaan lapan pasukan iaitu Penang Black Panthers, Kuala Lumpur Thunder, Terengganu Turtles, ATM Guardians, Johor Tigris, Kedah Eagles, Melaka Titans dan Kelantan Warriors.

- BERNAMA

Sumber Berita : http://www.bharian.com.my/node/225202

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.