Alwyn Tan - Atlet Renang Pulau Pinang Mencipta Rekod Baharu 50m Gaya Bebas Lelaki

 

“Saya telah mensasarkan matlamat untuk memecahkan rekod kebangsaan ketika menyertai kejohanan ini, hari ini saya berjaya melakukan dan semestinya satu kejayaan yang menggembirakan.

“Kini sasaran seterusnya ialah memperbaiki lagi catatan masa untuk lebih pantas dan berusaha lebih keras bagi mencerahkan peluang untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA nanti jika dipilih.

“Dua pingat emas menjadi sasaran saya dalam kejohanan terbesar Asia Tengara itu, masing-masing iaitu dari acara 50 meter gaya bebas dan 4x400 meter berpasukan,” kata Alwyn Tan yang kini mengikuti pengajian di Dalat International School, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, perenang kebangsaan, Kevin Yeap berjaya memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 1,500 meter gaya bebas dengan catatan masa 15 minit 32.00 saat, mengatasi rekodnya pada dua tahun lalu iaitu 15 minit 32.51 saat.

Dalam saingan wanita, ratu renang negara Khoo Cai Lin menepati ramalan apabila meraih pingat emas dalam acara kegemarannya 800m gaya bebas dengan catatan masa lapan minit 53 saat, meninggalkan dua lagi perenang negara Angela Chieng dan Nadia Adrianna Redza di tempat kedua dan ketiga.

Sumberhttp://www.utusan.com.my/sukan/alwyn-catat-rekod-baharu-1.75122

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.