LATEST NEWS

Selamat Tahun Baru Cina 2015

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga kerja mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Persatuan Sukan Negeri, para jurulatih, atlet-atlet dan warga sukan Pulau Pinang. 

Pencalonan Anugerah Sukan Negara 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara akan mengelolakan Upacara Anugerah Sukan Negara 2014 yang dijangka akan diadakan pada bulan April 2015. Tarikh sebenar akan dimaklumkan sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada pihak Istana Negara. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijadualkan berkenan berangkat hadir ke majlis tersebut.