KARNIVAL OLIMPIK KOMUNITI PULAU PINANG 2022

 

 

"Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022" merupakan sebuah program yang dianjurkan bersempena Hari Olimpik Sedunia bagi membentuk gelombang budaya bersukan serta memupuk semangat perpaduan komuniti dalam kalangan masyarakat melalui wadah sukan. 

Penganjuran program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan sokongan bersama daripada Persatuan-Persatuan Sukan Negeri dan agensi-agensi tempatan. Tarikh penganjuran akan bermula dari 15 Mei dengan kemuncak program diakhiri pada 23 Jun 2022 bersempena dengan Hari Olimpik Sedunia. 

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila kunjungi laman Facebook Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di sini : https://www.facebook.com/MSNPulauPinang