PENANG JUNIOR CHAMPIONS

Penang Junior Champion

 
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa Persatuan Sukan Negeri meneruskan Program Penang Junior Coaches dan Penang Junior Champions Siri 2/2022 yang akan melibatkan sukan Bola Jaring, Olahraga, Memanah, Bola Tampar, Silambam, Pencak Silat dan Sofbol.
 
Kesinambungan program bagi siri yang kedua ini juga bermatlamat melahirkan lebih ramai bakat – bakat baharu dari kalangan atlet akar umbi untuk dilatih dan dibimbing oleh jurulatih muda. Ianya merupakan satu program pembangunan sukan multilateral yang dilaksana dan disasarkan kepada warga Pulau Pinang yang berusia 7 hingga 12 tahun.
 
 
Sehubungan itu bersama ini dilampirkan maklumat program, link pendaftaran dan QR code pendaftaran peserta untuk makluman, hebahan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila hubungi Unit Pembangunan Atlet Muda & Akar Umbi melalui email akarumbi.msnpp@gmail.com atau talian 04-659 3713/14/15.
 
Sekian, terima kasih.