REVIVAL IN SPORTS EXCELLENCE (RISE) @ PEMULIHAN SUKAN NEGERI

TERBUKA HANYA KEPADA JURULATIH SUKAN ORANG PERSEORANGAN, INSTRUKTUR/PENGAJAR SUKAN, PENGUSAHA AKADEMI SUKAN, KELAB SUKAN, OPERATOR PERNIAGAAN SUKAN SAHAJA

Dibawah platform REVIVAL IN SPORTS EXCELLENCE (RISE), Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah juga mewujudkan satu platform pendaftaran secara atas talian yang merupakan Inisiatif Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk mengembalikan kegemilangan sukan negeri era pasca Covid-19.

Melalui platform ini, Majlis mempelawa semua para penggiat sukan swasta dan persendirian yang terdiri dari Jurulatih Sukan Orang Perseorangan, Instrukturs, Akademi Sukan, Kelab Sukan, Operator Perniagaan Sukan yang menawarkan program latihan sukan dibawah kendalian masing-masing untuk mendaftar rekod butiran mereka bersama Majlis Sukan Negeri pulau Pinang. 

Lantaran dari pendaftaran yang diterima ini, sekiranya terdapat calon-calon yang mendaftar niat mereka di platform Sukan ‘TryOut’ yang berminat untuk mengikut program latihan persendirian, akan pihak Majlis war-warkan butiran pendaftaran yang ada kepada jurulatih dan instruktur sukan yang bersesuaian kelak.

Kerjasama dan jaringan bersama semua penggiat sukan negeri untuk bersama menggerakkan program latihan sukan secara bersepadu amat diharapkan untuk kita terus melakar arus mengubah IMPIAN kepada REALITI !

>> Klik di Sini Untuk Mendaftar