Makluman Penang Athlete Career Education (PACE)

Selaras dengan usaha untuk membina sebuah platform bagi menambah manfaat (added-value) kepada atlet-atlet berprestasi tinggi Negeri yang sedang mewakili negeri Pulau Pinang di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) atau sukan-sukan bukan SUKMA yang bertaraf kebangsaan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mewujudkan program PACE yang merumuskan kepada penyediaan peluang dan program dalam melahirkan atlet yang berdaya saing bukan hanya dalam sukan, tetapi berhasratkan untuk melahirkan atlet Negeri yang turut cemerlang dalam pendidikan serta membina laluan kerjaya kepada atlet negeri Pulau Pinang selain dari industri sukan. 

PACE merupakan sebuah program kebajikan atlet yang memberi tumpu terhadap 3 aspek utama melibatkan penyediaan bantuan dari segi Pendidikan, pembinaan laluan kerjaya yang dinamik dan memastikan kewujudan mekanisme yang memelihara kebajikan semua atlet-atlet negeri dibawah program pembangunan sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang disamping menunjukkan penghargaan dan komitmen Majlis untuk terus menjaga atlet yang sentiasa mengharumkan nama negeri melalui titik peluh, masa dan kudrat tenaga mereka.

Atlet-atlet yang memohon dibawah program PACE perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti:-

  1. Atlet yang masih aktif di dalam program pembangunan & latihan sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,
  2. Merupakan atlet yang berpotensi atau telah menyertai SUKMA termasuk sukan pilihan yang terdiri dari Atlet berkategori Tahap 1, 2 dan 3,
  3. Atlet yang berumur 23 tahun ke bawah serta merupakan bekas atlet negeri dalam tempoh 2 tahun selepas menyertai kejohanan terakhir yang diiktiraf dibawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (Sukan Malaysia/Kejohananan Kebangsaan/Kejohanan Remaja Kebangsaan atau setaraf dengannya.)

Secara amnya, PACE memperuntukan sebanyak 6 jenis bantuan yang dibuka permohonannnya kepada atlet-atlet negeri yang berkelayakan seperti kategori berikut:-

  1. Bantuan Insentif Pendidikan IPT (one-off),
  2. Bantuan Biasiswa Sukan (sepanjang pengajian),
  3. Bantuan Kebajikan yang terdiri dari Bantuan Khairat Kematian Atlet (one-off), Bantuan Rawatan Penyakit (one-off), Bantuan Kos Pembedahan (one-off) dan Bantuan Bencana Alam (one-off).

Bantuan Insentif Pendidikan IPT (one-off) akan diberikan hanya sekali sahaja mengikut dua jenis kategori iaitu Atlet Tahap 1, 2 dan 3 dan juga bekas atlet negeri dalam tempoh 2 tahun selepas kejohanan. Bantuan ini akan diberikan kepada atlet yang sedang mengikuti program pendidikan seperti Sijil Kemahiran, Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Program pengajian ini mestilah tawaran untuk program pengajian sepenuh masa sahaja (kemasukan bermula dari tahun 2021 dan ke atas sahaja).

Manakala untuk atlet mempunyai potensi akademik yang baik serta telah meneruskan pengajian di IPT diseluruh Malaysia, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan Bantuan Biasiswa Sukan kepada atlet-atlet tersebut. Biasiswa ini ditawarkan kepada atlet-atlet yang memenuhi syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu perlu merupakan salah seorang dari atlet tahap 1 (SUKMA SAHAJA), keluarga atlet dalam kategori berpendapatan isi rumah B40 & bukan B40, atlet melepasi pencapaian minimun CGPA yang telah ditetapkan dan kursus/program yang dipilih mestilah mempunyai pengiktirafan sijil MQA (Malaysian Qualification Agency).



STRUKTUR PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Berikut merupakan struktur program pembangunan Atlet Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang menerangkan ringkasan tahap kedudukan, kelayakan serta faedah atlet yang menjalani latihan sukan bermula dari peringkat Persatuan Sukan Negeri, peringkat pembangunan atlet muda & akar umbi serta peringkat Sukan Malaysia SUKMA dan Sukan Bukan SUKMA peringkat Kebangsaan atau Remaja Kebangsaan. 

>>> Klik di sini untuk muat turun Struktur Program Pembangunan Atlet MSNPP



BORANG PERMOHONAN & SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-


  • BANTUAN INSENTIF PENDIDIKAN (One Off)

    Insentif Pendidikan ini ditawarkan kepada atlet-atlet negeri yang berstatus :-

    *Tahap 1* : Atlet Shortlist untuk ke SUKMA (Final Squad),
    *Tahap 2* : Atlet yang berada dalam senarai Long List untuk ke SUKMA
    *Tahap 3* : Atlet yang berada dalam skuad Latihan SUKMA

    dari program MSNPP yang terdiri dari atlet-atlet SUKMA negeri Pulau Pinang dan juga kepada atlet-atlet dari sukan bukan SUKMA tetapi telah mewakili negeri di kejohanan kebangsaan atau Remaja Kebangsaan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Bantuan ini diberikan hanya sekali kepada atlet-atlet yang telah menerima tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS untuk mengikuti program pendidikan seperti Sijil Kemahiran, Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bermula dari tahun 2021 dan ke atas sahaja . Program pengajian ini mestilah tawaran untuk program pengajian sepenuh masa.

    >>> Klik disini untuk muat turun Borang Permohonan (dikemaskini pada 20 Ogos 2021)


     

  • BANTUAN BIASISWA SUKAN (untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi)

Tajaan Biasiswa Sukan ini diperuntukan kepada atet-atlet Aktif dibawah program latihan Tahap 1 (Shortlisted untuk ke SUKMA Sahaja) dan kepada atlet yang bukan terdiri dari Sukan yang dipertandingkan di SUKMA tetapi mempunyai taraf seperti Bertaraf SUKMA/Kebangsaan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2021 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun ke-2 dan ke atas (pada tahun 2021) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang diktiraf of Malaysia Qualification Agency (MQA).

Biasiswa ini diperuntukan kepada atlet aktif SUKMA dari kategori pendapatan isi rumah B40 dan bukan B40 (menerima jumlah biasiswa yang kurang 20%) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sahaja.

Ijazah Sarjana Muda (4 tahun pengajian)
Kategori B40 : RM1,500 satu semester
Kategori Bukan B40 : RM 1,200 satu semester
CGPA Minima : 2.75

Diploma (3 tahun pengajian)
Kategori B40 : RM1,000 satu semester
Kategori Bukan B40 : RM800 satu semester
CGPA Minima : 2.50

Tempoh tajaan biasiswa adalah sepanjang satu (1) semester untuk program tersebut dan pemohon perlu mengemukakan permohonan baru setiap semester dengan keputusan peperiksaan akhir IPT jikalau CGPA melepasi tahap minima yang telah ditetapkan untuk penyambungan biasiswa. Biayaan biasiswa akan diberikan pada setiap semester sehingga atlet tersebut berjaya menamatkan pengajian sepenuhnya dan bergraduasi.

>>> Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan (dikemaskini pada 20 Ogos 2021)


  • BANTUAN KEBAJIKAN DIBAWAH SKIM KEBAJIKAN ATLET NEGERI PULAU PINANG (SKAN)

Bantuan SKAN ini diperuntukan untuk membantu atlet-atlet yang kurang berkemampuan di dalam mendapatkan rawatan bagi membiayai kos perubatan terhadap sebarang penyakit yang dialami (kanser, serangan jantung, sakit buah pinggang, stroke, lumpuh, kencing manis) atau untuk membiayai bantuan kos perubatan diatas kecederaan yang dialami ketika mewakili negeri Pulau Pinang sebagai atlet negeri dibawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengikut dua jenis kategori iaitu Atlet Tahap 1, 2 dan 3 dan bekas atlet negeri dalam tempoh 2 tahun selepas kejohanan. Selain itu, penyaluran bantuan kebajikan ini turut merangkumi bantuan untuk Khairat Kematian dan Bencana Alam.

>>> Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan (dikemaskini pada 20 Ogos 2021)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Pembangunan Sukan  MSNPP untuk sukan masing-masing secara terus atau melalui Jurulatih Sukan Negeri, Persatuan Sukan Negeri atau terus kepada Sekretariat PACE Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di talian 04-6593713/14/15 atau melalui email di alamat pace.msnpp@gmail.com