Dari Meja Pengarah MSN
![]() |
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang 2030 dan Selamat Datang ke Portal Web Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Selaku agensi penggerak sukan berprestasi tinggi utama di negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berfungsi sebagai agensi negeri yang bertindak untuk merancang, melaksana dan menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan sukan negara di peringkat negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Persatuan Induk Sukan Negeri agar segala usaha pemupukan, penggalakkan dan pembangunan atlet-atlet sukan negeri dan negara mencapai matlamat serta objektif yang disasarkan dalam penyertaan kejohanan bertemasya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bertunjangkan kepada pengukuran prestasi kejayaan negeri di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), adalah menjadi matlamat Majlis untuk sentiasa memperkasakan keupayaaan atlet-atlet negeri bersama-sama dengan penglibatan kesemua pemegang taruh sukan negeri dalam memangkin pembentukan Kontinjen Sukan Negeri yang mampan dan dinamik untuk menyerlah serta menjulang nama Negeri Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang agar portal web ini akan dapat memberikan maklumat serta informasi sukan yang bermanfaat yang boleh dikongsi serta diperluaskan untuk pengetahuan semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah dialu–alukan. Sekian dan terima kasih. 'CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS' Harry Chai Heng Hua |
