ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI) [ENAKMEN 16]

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :
1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan
2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel ainiza@penang.gov.my atau subamalar@penang.gov.my.


::: Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

::: Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI).

::: Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )

::: Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

kayak3 Optimist teambuilding

LATAR BELAKANG PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH

Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bunga (PKSA) merupakan sebuah projek dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. Keputusan untuk mengadakan projek ini telah dicapai di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebudayaan, Belia & Sukan pada 18 April 1984.

Sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Timur Laut telah dibentuk untuk membuat kajian dan mengenalpasti tapak yang sesuai untuk didirikan projek ini.

Pembinaan Pusat Kegiatan Sukan Air Pulau Pinang telah dimulakan pada awal tahun 1988 dengan kos pembinaan sebanyak RM63,152.50.

Pada 21 Ogos 1988, projek ini telah menjadi kenyataan selepas perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh Y.B. Dr. Sak Cheng Lum mewakili Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang di tapak asal (Lot 3610 dan 3611) dihadapan persisiran pantai berdekatan dengan Hotel Crown Prince, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Hotel Royal, Tanjung Bungah).

Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju terhadap keperluan untuk mendirikan pusat ini secara tetap bagi membolehkan Pusat ini beroperasi dengan lebih sistematik.

Persiapan tapak dan pembinaan sebuah bangunan pentadbiran ini dijangka akan menelan perbelanjaan sebanyak RM300,000.00. Pihak PKSA telahpun berjaya mengutip sebanyak RM100,000.00 untuk pembiayaan projek tersebut pada peringkat awal dan memohon bantuan tambahan dari Kerajaan Negeri untuk menyiapkan projek tersebut.

Pada tahun 1995, Mesyuarat MMK Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 dalam Belanjawan Negeri tahun 1995 bagi tujuan mendirikan satu bangunan tetap diatas tapak tanah kerajaan berhadapan Hotel Mar Vista. RM60,000.00 daripada peruntukan pembinaan ini telah digunakan untuk pembelian peralatan pejabat dan lain-lain peralatan yang bersangkutan dengan pusat baru ini.

Pusat Kegiatan Sukan Air Pulau Pinang telah berpindah daripada tapak asal ke bangunan baru dikawasan pantai berhadapan Mar Vista di atas tanah rizab pantai Kerajaan Negeri (bersebelahan Lot 305 & 306) Tanjung Bungah pada bulan Julai 1996.

Pusat ini telahpun dirasmikan oleh T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 5 Januari 1997.

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH

Tujuan Pusat Kegiatan Sukan Air ini didirikan adalah untuk menyediakan kemudahan kepada Persatuan-Persatuan Sukan Air dalam negeri ini untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sukan air kepada ahli-ahli mereka dan juga orang ramai. Disamping itu, Pusat Kegiatan Sukan Air ini juga bertujuan untuk memajukan lagi aktiviti sukan air dalam negeri Pulau Pinang.

AKTIVITI DAN PROGRAM DI PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH

Beachfront ColorfulKayak Kayak

Aktiviti yang dijalankan di Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah adalah seperti berikut:

  • Pembangunan Sukan Air Atlet-Atlet Negeri Pulau Pinang
  • Pembangunan Sukan Air untuk Persatuan Sukan Air di Negeri Pulau Pinang
  • Sukan Berkenu, Kayak, Optimist, Perahu Layar, Mendayung dan Perahu Naga
  • Aktiviti Memancing
  • Tempat Berkelah dan Acara Sosial
  • Asrama Penginapan
  • Pusat Bina Diri & Semangat Motivasi
  • Bola Tampar Pantai
  • Futsal Pantai
  • Ceramah dan Kursus
  • BBQ Pit
  • Gymnasium 

Selain daripada penggunaan oleh masyarakat setempat dan masyarakat Pulau Pinang, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah juga menjadi pusat utama untuk pembangunan sukan air oleh atlet-atlet Negeri Pulau Pinang melibatkan acara pelayaran seperti Optimist, Kayak dan Kenu. Sebuah gelanggang bola tampar pantai juga disediakan kepada Persatuan Bola Tampar Pulau Pinang untuk pelaksanaan program pembangunan dan latihan sukan bola tampar pantai.

Selain itu, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut menjadikan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah ini sebagai lokasi untuk menjalankan kem-kem motivasi bagi atlet-atlet negeri Pulau Pinang mengikut sukan-sukan yang berkaitan.

Disamping itu, lokasi ini juga menjadi pilihan alternatif yang kerap digunapakai oleh skuad kebangsaan bagi menjalankan kem motivasi untuk atlet-atlet negara dibawah Majlis Sukan Negara Malaysia ataupun Persatuan Sukan Kebangsaan seperti Tenpin Bowling dan Skuad Hoki Lelaki Negara.

KADAR SEWAAN / PERALATAN / KEMUDAHAN

DEPOSIT PENYEWAAN / PENGGUNAAN

  • 30% daripada jumlah keseluruhan penggunaan peralatan sukan air / kemudahan / kawasan yang akan digunakan oleh penyewa/pengguna
  • Penerimaan tempahan awal hanya diterima dalam tempoh 30 hari sahaja dari tarikh penggunaan sebenar. 
  • Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berhak membatalkan sebarang tempahan sekiranya terdapat penganjuran acara yang lebih utama oleh pihak MSNPP atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau sekiranya pihak penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh MSNPP. 

 

A

PERALATAN SUKAN AIR

KADAR HARGA (RM)

1.

Perahu Kayak (Satu Tempat Duduk)
- Pendayung Kayak
- Jaket Keselamatan

15.00/sejam

2.

Perahu Kayak (Dua Tempat Duduk)
- Pendayung Kayak
- Jaket Keselamatan

30.00/sejam

3.

Perahu Naga (20 orang maksimum)
(hakmilik Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Pendayung
- Jaket Keselamatan

3.00/seorang untuk penyewaan
Jaket Keselamatan PKSA dan penggunaan
kemudahan & utiliti PKSA

(Perahu Naga tidak disewakan kepada orang ramai)

4 Bot Penyelamat
- Penggunaan bot ini untuk tujuan-tujuan tertentu luar daripada skop kerja-kerja penyelamatan & pertolongan cemas akan dikenakan caj tambahan pada kadar RM50.00 (Bot Penyelamat ini tidak disewakan kepada orang ramai).

Untuk tujuan kerja-kerja penyelamatan
& pertolongan cemas sahaja.

Nota Tambahan *

  • Taklimat keselamatan ringkas akan diberikan kepada pengguna peralatan sukan air. 

  • Penggunaan tertakluk kepada keadaan pasang dan surut air laut.

 

B

AKTIVITI SUKAN PANTAI

KADAR HARGA (RM)

1.

Bola Tampar Pantai - Waktu Siang
- Dibekalkan dengan Jaring dan Bola

25.00/sejam

 

2.

Bola Tampar Pantai - Waktu Malam
- Dibekalkan dengan Jaring dan Bola
- Kemudahan Lampu Limpah

30.00/sejam

 

3.

Futsal Pantai - Waktu Siang
- Dibekalkan dengan tiang gol dan bola

25.00/sejam

 

4.

Futsal Pantai - Waktu Malam
- Dibekalkan dengan Jaring dan Bola
- Kemudahan Lampu Limpah

30.00/sejam

 

Nota Tambahan *

  • Penggunaan tertakluk kepada keadaan pasang dan surut air laut.

 

C

ASRAMA PENGINAPAN

KADAR HARGA (RM)

1.

Asrama 1
- Berkapasiti 16 orang maksimum
- Berhawa Dingin & Berkipas Siling

250.00/semalam

2.

Asrama 2
- Berkapasiti 16 orang maksimum
- Dilengkapi kemudahan bilik mandi / tandas
- Berhawa Dingin dan Berkipas Siling

250.00/semalam

Nota Tambahan *

  • Daftar Masuk : 2.00 petang / Daftar Keluar : 12.00 tengahari

  • Aktiviti memasak tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam perkarangan bangunan dan bilik asrama.

 

D

DEWAN SERBAGUNA

KADAR HARGA (RM)

1.

Dewan Serbaguna 1
- Berkapasiti 30 orang maksimum
- Berhawa Dingin dan Berkipas siling

150.00/sehari

Nota Tambahan *

  • Dewan serbaguna 1 tidak dilengkapi dengan penghawa dingin.

  • Penggunaan meja dan kerusi adalah tertakluk kepada kadar penyewaan yang berasingan pada harga RM1.00 setiap satu kerusi plastik dan RM2.00 untuk meja banquet.

 

E

KAWASAN PANTAI

KADAR HARGA (RM)

1.

Kawasan Beach Wing
- Kawasan Berbumbung
- Dibekalkan dengan 1 Pit BBQ
- Kemudahan Air Paip
- Meja & Kerusi Simen

400.00 / sehari

2.

Kawasan Lapang / Padang Utama
- Dikhaskan hanya untuk aktiviti kesukanan, teambuilding dan perkhemahan sahaja.
- Sebarang majlis berbentuk Keraian/Kenduri/Jamuan atau Pameran dikawasan ini akan diteliti permohonannya terlebih dahulu dan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.  

200.00 / sehari

Nota Tambahan *

  • Penggunaan meja dan kerusi adalah tertakluk kepada kadar penyewaan yang berasingan pada harga RM1.00 setiap satu kerusi plastik dan RM2.00 untuk meja banquet.

  • Harga adalah berdasarkan kepada penggunaan maksimum sebanyak 50 orang sahaja untuk kawasan Beach Wings. Kadar tambahan sebanyak RM3.00 akan dikenakan kepada pengguna tambahan

  

SYARAT PENGGUNAAN

  • Semua makanan yang disajikan di perkarangan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah perlulah HALAL dan diperolehi daripada pengusaha makanan yang bertauliah. Meja hidang untuk kegunaan pengusaha makanan adalah dibawah tanggungjawab pengusaha tersebut dan bukannya dibawah PKSA.
  • Minuman Beralkohol adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke perkarangan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah.
  • Bunyi Muzik dan sistem siaraya perlulah ditetapkan pada paras bunyi yang bersesuaian dan wajib dihentikan siarannya pada jam 9.00 malam agar tidak mengganggu ketenteraman awam sekitar perkarangan PKSA, dan Tanjung Bungah.
  • Keselamatan para pengguna/penyewa/pelatih/pelawat dan harta benda pemilik berada dibawah tanggungan pengguna/penyewa/pelatih/pelawat masing-masing. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan/ kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan/penyewaan melibatkan penggunaan peralatan sukan air dan lain-lain kemudahan-kemudahan yang disediakan di PKSA.
  • Penyelamat Kelemasan atau para petugas Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah berhak menghentikan sebarang kegiatan/aktiviti di lautan pada bila-bila masa tertakluk kepada keadaan cuaca, ombak, keadaan ketampakan atau tiupan angin mengikut amaran yang diperolehi/dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk tujuan keselamatan para pengguna/penyewa/pelatih/pelawat.

TEMPAHAN / PENGGUNAAN

Tempahan penggunaan adalah melalui Sistem Pengisian Borang Tempahan secara atas talian (On-line) di alamat :

https://cdn.jotfor.ms/tempahan.msnpp/PKSA

Segala urusan rasmi berhubung pengurusan PKSA perlu dirujuk secara terus kepada :-

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
No. Tel : 04-6593713/14/15
No. Faks : 04-6595996

Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/Penang-Water-Sports-Centre-742197569309781/

Manakala, sebarang urusan melibatkan tempahan dan penggunaan fasiliti sukan air serta lain-lain kemudahan untuk KEGUNAAN SECARA HARIAN perlu dilaksanakan melalui Unit Tempahan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah yang dibuka di perkarangan premis ini pada waktu pejabat seperti berikut:-

No. Telefon PKSA : 04-8902250 (Unit Tempahan)
Hari Rabu - Ahad : 9.30 AM - 12.30 PM  /  2.30 PM - 7.00 PM
Hari Isnin & Selasa : Tutup

 

RUJUKAN CUACA & PASANG SURUT AIR DI PULAU PINANG