Sukarelawan Budaya JKKN

JKKN 2016

Mulai tahun 2016, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang telah menubuhkan unit sukarelawan budaya yang mempunyai objektif seperti berikut:-

  • Melahirkan dan mewujudkan kumpulan sukarelawan yang membantu secara berterusan program-program anjuran JKKN.
  • Membangunkan semangat kesukarelawan sebagai amalan nilai murni masyarakat.
  • Membangunkan "Culture Volunteerism" dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan remaja dan belia bagi menyemarakkan pembangunan aktiviti kebudayaan dan kesenian.
  • Mewujudkan pangkalan data sukarelawan budaya kebangsaan.

Sebagai makluman bersam antara kelebihan menjadi unit sukarelawan budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara adalah:

  • Bagi mendaftar sebagai sukarelawan budaya JKKN secara langsung menjadi ahli sahabat seni budaya JKKN.
  • Diskaun untuk pembelian tiket bagi program-program terpilih anjuran Jabatan.
  • Sijil penyertaan bagi program-program yang disertai.
  • T-shirt & Topi sukarelawan
  • Makan dan minum akan diberikan bagi program-program yang disertai.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dan pendaftaran adalah percuma. Sebarang pertanyaan lanjut,sila hubungi Puan Siti Rohayu Muhamad dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang di talian 04-2817791 / 04-2817792 atau layari www.jkkn.gov.my

>> Klik di sini untuk muat turun borang penyertaan