Penang Black Panthers Muncul Juara Edisi Ketiga Liga Sepak Takraw (STL)

SERDANG: Pasukan Penang Black Panthers muncul juara edisi ketiga Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 pada aksi final di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya di sini, malam tadi.

Kehadiran tiga pemain kebangsaan, Mohd Syahir Rosdi, Zaim Razali dan Azlan Alias jelas memberi kelebihan kepada pasukan utara tanah air itu yang mencatat kemenangan 21-15, 21-10 ke atas pasukan Kuala Lumpur Thunder yang dibarisi Farid Aziz, Amirul Zazwan Amir dan Hafiz Rahman.

PASUKAN Penang Black Panthers muncul juara edisi ketiga Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 pada aksi final di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya di sini, malam tadi.