Majlis Pementeraian Perjanjian Persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) Diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Bersama Syarikat VitaHealth Sdn Bhd

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan pembekal makanan nutrisi ternama di Malaysia menerusi syarikat VitaHealth Sdn Bhd sebagai Rakan Nutrisi Sukan Rasmi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
Majlis pementeraian perjanjian persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama syarikat VitaHealth Sdn Bhd telah disempurnakan oleh YB. Daniel Gooi Zi Sen (Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang) petang tadi di Bilik Nilam, tingkat 53, Komtar.
 
 
VitaHealth merupakan jenama pembekalan “Supplement” kesihatan yang telah sekian lama berada di pasaran bermula dari tahun 1947 lagi. Berbekalkan slogan “VITAHEALTH : HEALTH LIFE, HAPPY VIBES!”
 
Dengan kerjasama ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan berupaya mewujudkan impak positif yang baik dan merangsangkan lagi pertumbuhan industri sukan di negeri Pulau Pinang terutamanya kepada atlet SUKMA negeri Pulau Pinang dan atlet yang mempunyai potensi yang tinggi untuk memenangi pingat emas dalam Temasya Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan datang.
 
 
Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat mengembangkan dan membangunkan produk VitaHealth dalam dunia sukan serta membantu meningkatkan prestasi atlet SUKMA negeri Pulau Pinang.
 
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat VitaHealth Sdn Bhd, yang diwakili oleh Dr. K S Beh (Country Head at Vita Life Science Malaysia & Singapore) dan Cik Elysee Ngan Siew Chin (Senior Marketing Manager of Vitahealth Sdn Bhd). Semoga penerusan perjanjian kerjasama ini dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk turut menjadi rakan strategik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
 
 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Dengan penuh semangat kesukanan, Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 dengan harapan yang tinggi bagi seluruh komuniti sukan di negeri Pulau Pinang.

Semoga atlet-atlet berbakat dari negeri ini terus bersinar dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi, membawa pulang kejayaan dan kebanggaan untuk sukan negeri kita.

Keazaman dan semangat juang kita diharapkan akan terus menjadi inspirasi bagi generasi muda, mencorak masa depan sukan Pulau Pinang dengan kecemerlangan.

#untuksukankita
#poweruppenang
#MineTheGold
#kitabolehpenangboleh
#sukmasarawak2023