MAJLIS TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA MASVERSE EDUTECH SDN BHD BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat perkembangan teknologi pintar serta pendigitalan badan-badan sukan negeri di mana sebuah Majlis Pementeraian perjanjian persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Masverse Edutech Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah pergerak utama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan “Blockchain Zero Fake Certificate" atau inisiatif ke arah membendung sijil-sijil rasmi palsu di pasaran terkini.
 
Perkhidmatan inovatif ini telah ditawarkan oleh syarikat Masverse Edutech Sdn Bhd Perkhidmatan ini membawa kepada kemajuan teknologi blockchain (sistem penyimpanan data digital yang berisi catatan yang terhubung melalui kriptografi) dalam memastikan keaslian dan keintegritasan sijil-sijil.
 
 
Melalui penggunaan teknologi blockchain, setiap sijil direkodkan sebagai blok yang tidak boleh diubahsuai atau dipalsukan. Keunikan perkhidmatan ini terletak pada QR code yang diletakkan pada setiap sijil. QR code ini membawa maklumat yang bersifat unik dan tidak dapat disalin atau diedit, menjadikannya satu kaedah terkini dalam melindungi sijil daripada sebarang usaha pemalsuan.
Perkhidmatan ini bukan hanya tentang mengekalkan keaslian sijil, tetapi juga1 melibatkan perlindungan terhadap privasi dan keselamatan maklumat. Dengan teknologi enkripsi yang diterapkan, kebimbangan mengenai keselamatan data peribadi dapat diatasi.
 
Untuk makluman, syarikat ini akan menyokong dan memberi sumbangan sijil secara percuma kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebanyak 1000 keping sijil blockchain digital selama tempoh 12 bulan. Mengikut perancangan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menggunakan 1000 keping sijil blockchain digital yang berharga tersebut kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang yang akan bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada bulan Ogos nanti. Atlet, Jurulatih, Pengurus Pasukan, Pegawai yang terpilih dalam kontinjen tersebut akan mendapat sijil digital blockchain masing-masing dan sijil yang unik adalah tulen dan tidak dapat dipalsukan. Sekiranya pada masa depan sijil berkenaan mengalami kerosakan atau kehilangan, individu dapat memuat turun sijil berkenaan dalam portal yang disediakan.
 
 
 
 
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berasa amat bersyukur untuk menerima kehadiran serta kemasukan syarikat-syarikat ternama yang memberi kepercayaan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk sama-sama memajukan sukan baik di peringkat negeri dan negara, kita menyaksikan transformasi yang signifikan dalam cara kita melihat dan mengesahkan sijil.
 
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran YB Daniel Gooi Zhen (Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang), En. Jayanandhan M. Vivekanandan (Timbalan Pengerusi II, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang), En.Harry Chai Heng Hua (Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang), dan syarikat Masverse Edutech Sdn Bhd, yang diwakili oleh En. Richard Koay Seong Chuan (Ketua Pegawai Pemasaran Masverse Edutch), Puan Venus Khor Lee Hoon (Ketua Pegawai Branding Masverse), En. Suresh Naidu Sadasivan ( Director Communication & Innovation), En. Joe Chong (Sales Director), persatuan-persatuan sukan Negeri Pulau Pinang .
 
 
Terima kasih kepada Masverse Edutech Sdn Bhd kerana membawa kita ke arah yang lebih selamat, berkualiti dan inovatif dalam pengesahan sijil.
 
 

Majlis Pementeraian Perjanjian Persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) Diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Bersama Syarikat VitaHealth Sdn Bhd

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan pembekal makanan nutrisi ternama di Malaysia menerusi syarikat VitaHealth Sdn Bhd sebagai Rakan Nutrisi Sukan Rasmi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
Majlis pementeraian perjanjian persefahaman ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) diantara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama syarikat VitaHealth Sdn Bhd telah disempurnakan oleh YB. Daniel Gooi Zi Sen (Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang) petang tadi di Bilik Nilam, tingkat 53, Komtar.
 
 
VitaHealth merupakan jenama pembekalan “Supplement” kesihatan yang telah sekian lama berada di pasaran bermula dari tahun 1947 lagi. Berbekalkan slogan “VITAHEALTH : HEALTH LIFE, HAPPY VIBES!”
 
Dengan kerjasama ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan berupaya mewujudkan impak positif yang baik dan merangsangkan lagi pertumbuhan industri sukan di negeri Pulau Pinang terutamanya kepada atlet SUKMA negeri Pulau Pinang dan atlet yang mempunyai potensi yang tinggi untuk memenangi pingat emas dalam Temasya Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan datang.
 
 
Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat mengembangkan dan membangunkan produk VitaHealth dalam dunia sukan serta membantu meningkatkan prestasi atlet SUKMA negeri Pulau Pinang.
 
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat VitaHealth Sdn Bhd, yang diwakili oleh Dr. K S Beh (Country Head at Vita Life Science Malaysia & Singapore) dan Cik Elysee Ngan Siew Chin (Senior Marketing Manager of Vitahealth Sdn Bhd). Semoga penerusan perjanjian kerjasama ini dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk turut menjadi rakan strategik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.