Pertandingan Merekacipta Logo " Penang SUKMA Black Panthers"

Individu yang mempunyai kreativiti menarik dijemput untuk menyertai pertandingan mencipta logo Penang Black Panthers.

Pertandingan tersebut dianjurkan sempena penyertaan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang ke temasya dwi tahunan tersebut di Johor pada April 2021.

“Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mencipta logo dan maskot baharu kontinjen Pulau Pinang ke SUKMA bagi menunjukkan imej Pulau Pinang yang lebih dikenali dengan gelaran Harimau Kumbang.

KLIK UNTUK MUAT TURUN  PERATURAN DAN BORANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 15 November 2020 (Ahad). Hanya satu ciptaan logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 bersama sijil pengiktirafan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 04-6505136 atau 0194944460. 

Semua penyertaan perlu e-mel kepada : ksdk.msnpp@gmail.com
 
#makeithappen