KHAS BUAT ATLET-ATLET NEGERI PULAU PINANG !!!

 
TAWARAN BIASISWA SUKAN MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG UNTUK ATLET NEGERI YANG AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN & KEPADA MEREKA YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA BAGI SESI 2021/2022

1. Bantuan Biasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terbuka kepada :-
i. Kategori Pendapatan Isi Rumah B40
ii. Kategori Pendapatan Bukan Rumah B40
 Atlet AKTIF di bawah program latihan Tahap 1 (SUKMA SAHAJA) ATAU SUKAN BUKAN SUKMA bertaraf SUKMA / KEBANGSAAN
 Pencapaian minimum CGPA yang ditetapkan

2. Permohonan dibuka kepada atlet yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2021 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi untuk mendapatkan Biasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

3. Program dan Institusi yang ditaja adalah seperti berikut :
i. Semua Institusi Pengajian Tinggi di dalam Malaysia yang mempunyai pengiktirafan sijil MQA(Malaysia Qualification Agency)
ii. Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja(bermula tahun 2021) yang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di IPT.

4. Tempoh tajaan biasiswa adalah sepanjang satu(1) semester untuk program tersebut sahaja dan pemohon diminta untuk membuat permohonan yang baru setiap semester dengan keputusan peperiksaan semester akhir IPT jikalau CGPA melepasi tahap minima yang telah ditetapkan. (sila rujuk lampiran syarat-syarat permohonan)

Maklumat lanjut sila klik link di bawah :
Tarikh akhir permohonan : 31 MAC 2021