Tahniah Olahragawan & Olahragawati Negara 2017

 

Bagi Azizulhasni, ia adalah kejayaan ketiga buat "The Pocket Rocketman" selepas mengungguli berprestij itu dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010 manakala yang pertama buat Jun Hoong selepas Pandelela Rinong pada 2015.

"Alhamdulillah saya bersyukur dan berbangga dinobatkan sebagai Olahragawan negara 2017 dan ia adalah kali ketiga saya menerima anugerah terbesar negara ini.

"Sesungguhnya segala pengorbanan, susah payah serta halangan saya tempuhi selama karier ini berbaloi dan membuatkan semua itu menjadi manis.

"Penganugerahan ini akan menjadi sumber motivasi saya untuk beraksi dengan lebih cemerlang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tidak lama lagi," kata Azizul yang menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan RM20,000.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio ketika ditemui turut mengharapkan rakan atlet yang lain akan bekerja keras merasai nikmat anugerah bergelar Olahragawan.

Azizul dan Jun Hoong yang baru-baru ini meraih pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama dalam Siri Piala Dunia di Beijing menjadi taruhan serta prospek terbaik buat negara meraih emas di Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan.

Hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan serta sijil disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

- SUMBER TEKShttps://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/03/399169/azizul-jun-hoong-olahragawan-dan-olahragawati-2017
-
 SUMBER GAMBAR : Bernama