SEAGAMES2017 BANNER BIG

Pengenalan

MSN Approved Design 2015

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah bahagian di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah akta 29, Majlis Sukan Negara Malaysia 1971.

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah organisasi yang menyampaikan perkhidmatan secara langsung kepada Persatuan-persatuan Sukan Negeri yang bernaung di bawahnya.

Sejajar dengan kehendak dan aspirasi Kerajaan masa kini, pihak Majlis menawarkan perkhidmatan atau servis yang efisien dan efektif setiap masa. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan adalah merupakan salah satu strategi yang menyumbang kepada kejayaan atlet peringkat negeri dan negara yang berhadapan dengan persekitaran yang sangat kompetitif di antara negeri dan negara serantau yang lain.

 

VISI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

  • Visi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah untuk menjana atlet negara yang berdisiplin dan berprestasi tinggi serta memastikan pembangunan sukan Negeri Pulau Pinang secara menyeluruh sentiasa berada di hadapan selaras dengan Dasar Sukan Negara.

  • Dasar Sukan Negara merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua.

  • Sukan prestasi tinggi adalah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan kemenangan.

  • Sukan untuk semua atau sukan massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan dan amalan gaya hidup yang aktif, cergas dan lebih luas, bagi tujuan kesihatan dan perpaduan dan bukan semata-mata untuk pertandingan bagi mendapat pingat dan hadiah.

 

MISI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

  • Misi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ialah untuk memantapkan jentera pentadbiran dan menyelaras badan-badan sukan di negeri Pulau Pinang untuk memajukan sukan dan meningkatkan taraf keunggulan atlet, di samping mengasah bakat individu yang berpotensi dalam bidang sukan serta menggalakan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam kemajuan sukan.

 

OBJEKTIF MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

  • Untuk memajukan pada amnya kepentingan sukan dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan diperingkat negeri dan daerah.

  • Untuk melakukan penyelarasan bagi Persatuan Sukan Negeri dan lain-lain agensi sukan dalam negeri.

  • Untuk mendapat dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan Majlis berhubung dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.