Dari Meja Pengarah MSN

Frederick-KomtarSalam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Selaku agensi penggerak sukan di Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berfungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras dan pemantau dasar pembangunan sukan negara dan di negeri Pulau Pinang bagi memastikan budaya kesukanan di Pulau Pinang mencapai matlamat serta objektif yang ditetapkan.

Program pembangunan, perancangan dan pelaksanaan latihan pengukuhan kepada atlet-atlet negeri yang berlandaskan kaedah sains sukan dilaksanakan sepanjang tahun tanpa henti bagi memperkasakan keupayaaan atlet-atlet negeri dalam usaha untuk membentuk sebuah kontinjen sukan negeri yang mampan dan menyerlah.

Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang agar laman web ini akan dapat memberikan maklumat serta informasi sukan yang bermanfaat yang boleh dikongsi serta diperluaskan untuk pengetahuan semua.

Dalam memartabatkan kecemerlangan sukan negeri Pualu Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mengambil inisiatif untuk memperbaiki sistem penyampaian majlis untuk memberi kepuasaan kepada orang ramai dengan mewujudkan sebuah portal yang lengkap dengan informasi serta maklumat terbaru berkenaan program pembangunan sukan yang dijalankan di negeri Pulau Pinang.

Sasaran pihak Majlis adalah untuk memastikan laman web ini dapat menjadi sebuah portal sukan yang berinformasi, terunggul dan berguna kepada semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah dialu – alukan.

Sekian dan terima kasih.

"CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Frederick Tan Teck An
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang