SEAGAMES2017 BANNER BIG

Fungsi Unit

Seksyen Pengurusan & Kewangan
Menguruskan hal ehwal pengurusan dan kewangan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang merangkumi pengurusan menyeluruh terhadap operasi pentadbiran, pengurusan kenderaan, pusat latihan sukan, pengurusan acara beserta penyelarasan program sukan berbentuk komuniti dan penyertaan masyarakat.  

Seksyen Atlet & Sains Sukan
Merancang, melaksana dan menyelaras program penyediaan atlet-atlet berprestasi tinggi dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri & agensi-agensi sukan yang berkaitan dalam memperkasakan penyediaan atlet-atlet negeri untuk diketengahkan di temasya sukan kebangsaan dan meningkatkan keberhasilan atlet-atlet cemerlang negeri sebagai 'feeder' kepada atlet kebangsaan

Seksyen Pembangunan Sukan
Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan kejurulatihan, kepegawaian dan organisasi sukan di Daerah Negeri Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya di Negeri Pulau Pinang