Kejuaraan Pencak Silat Festival Sukan Kombat 2014

  

Majlis Silat Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui sokongan MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, MMK Pembangunan Pelancongan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Pengelola Pesta Pulau Pinang sedang menganjurkan Kejuaraan Pencak Silat Festival Sukan Kombat 2014 bertempat di Dewan Silat Batu Uban, Majlis Silat negeri Pulau Pinang pada 11 hingga 13 Disember 2014 (8.30am hingga 11.30pm) dan pada 14 Disember 2014 (4.00pm hingga 11.00pm) akan berlangsungnya acara akhir di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong.

Pertandingan adalah berbentuk Silat Seni dan Silat Olahraga.

Masuk adalah percuma untuk menyaksikan pertandingan peringkat saringan yang diadakan di Dewan Silat Batu Uban pada 11 hingga 13 Disember 2014 manakala untuk acara akhir pada 14 Disember 2014, pembelian tiket sebanyak RM3.00 (Dewasa) akan dikenakan kepada pengunjung Tapak Pesta Pulau Pinang yang ingin menyaksikan pertandingan akhir tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Ya di talian 017-4156724. 

Sumber Gambar : Pn. Azura Bt. Abd Rahman (Pegawai Pembangunan Sukan MSNPP)