Lilian Tan Raih Emas di WBPF 2014

(Detik manis Lilian Tan dinobatkan sebagai pemenang di Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) di Mumbai, India semalam.)

 

Peminat sukan bina badan negara yang gembira menerima perkhabaran kemenangan kali ke-10 Sazali Samad sebagai Mr Universe di Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) di Mumbai, India semalam, pasti lebih girang bila mengetahui kategori wanita negara turut mencatat kejayaan serupa. 

Atlet bina badan wanita negara yang berasal dari Pulau Pinang, Lilian Tan, 42, berjaya merangkul emas kategori Wanita Senior Bawah 55kg.

Ini merupakan kali kedua Lilian yang juga perunding bebas kecergasan badan mengharumkan nama negara di pentas dunia selepas menjuarai kategori wanita pada WBPF Bangkok pada 9 Disember 2012.

- Sumber : Mynewshub.cc (http://mynewshub.cc/2014/12/10/malaysia-boleh-lilian-tan-turut-raih-emas-di-wbpf-2014/)