Program Pelapis USPTN

Latar Belakang

 

Pelapis

Pelapis

Program ini menumpukan perhatian kepada pembentukan kemahiran sukan spesifik bagi atlet – atlet berumur 13-21 tahun di peringkat negeri. Atlet- atlet terbaik ini nanti akan diberi peluang untuk memasuki Program Pelapis di peringkat zon mahupun kebangsaan. Latihan akan dijalankan secara separa masa sebanyak 5-8 sesi seminggu. Para atlet akan diberi kemudahan latihan dan kejurulatihan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menjalani latihan yang teratur.

Program Sukan Teras dan Program Cemerlang 2010 telah berjaya mewujudkan kumpulan atlet yang besar di peringkat akar umbi dan seharusnya satu program latihan yang lebih intensif berteraskan prestasi (performance base) diwujudkan bagi memastikan atlet-atlet ini tidak hilang begitu sahaja apabila melepasi umur 18 tahun. Program Pelapis yang diwujudkan oleh Majlis Sukan Negara adalah bagi memastikan atlet- atlet daripada program ini dapat meneruskan latihan mereka apabila meninggalkan alam persekolahan di pusat – pusat latihan negeri yang ditubuhkan.

Semua pusat – pusat latihan yang dahulunya di bawah Program Sukan Teras dan Program Cemerlang 2010 diserapkan di bawah Pelapis Negeri bagi memastikan semua program latihan di peringkat negeri dapat diselaraskan di bawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri

Pelaksanaan

  • Umur : 13 – 21 tahun
  • Sesi Latihan : JSM : 5 sesi x 2 jam seminggu
  • Sesi Latihan : JPM & JLN : 40 jam seminggu

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pelapis yang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang, sila berhubung dengan :-

Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Pulau Pinang
d/a Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel: 04-6562244 Faks: 04-6572244
Email : usptnpp@gmail.com

atau layari laman blog USPTN di http://usptnpenang.blogspot.my/