SEAGAMES2017 BANNER BIG

Penaja Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

SOKONGAN DAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN KEPADA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Menyingkap objektif MSNPP untuk memajukan kepentingan sukan dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat negeri dan daerah. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang memohon bantuan serta sokongan semua pihak untuk menjana sumbangan dana bagi pembangunan atlet-atlet negeri dan juga sumbangan bagi menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan untuk latihan berterusan dan membolehkan penganjuran pertandingan serta kejohanan diadakan dengan selesa.

Sumbangan yang diterima ini akan dimasukkan ke dalam Dana Pembangunan Sukan Atlet-Atlet Negeri Pulau Pinang. Pengecualian cukai pendapatan adalah diberikan kepada Syarikat / Organisasi yang memberi sumbangan.

Selain itu, penyaluran bantuan kepada Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang juga boleh disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Segala pembayaran akan menerima resit pengecualian cukai dan bayaran hendaklah dibuat melalui cek berpalang atas nama “MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG”.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kewangan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di alamat seperti berikut: -

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang

No. Telefon : 04-6593713 / 6593714 / 6593715
No. Faks : 04-6595996