Informasi Sukan Terkini

Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2014

Majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel The Light, Seberang Jaya pada 17 Mei 2015. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff.

Peralihan Pengurusan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

aa

Makluman Awam : 

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Mei 2015, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah (PKSA) bertempat di Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang akan beralih pengurusannya daripada pengurusan sedia ada kepada pentadbiran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi berkaitan penempahan untuk tujuan kejohanan/pertandingan, majlis/keraian, kem bina diri atau penggunaan jangka panjang perlu dirujuk terus secara bertulis kepada :-

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
No. Tel: 04-6593713/14/15
No. Faks: 04-6595996

Manakala penempahan atau penggunaan peralatan sukan air seperti kayak/perahu naga atau penggunaan kawasan pantai secara harian boleh dilaksanakan secara terus di perkarangan premis PKSA dibawah Unit Tempahan PKSA pada waktu pejabat.  

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.