Informasi Sukan Terkini

Kejohanan Sofbol Pulau Pinang 2019

Kejohanan Piala Sofbol Pulau Pinang 2019 sedang berlangsung di Padang Polo bermula dari hari ini, 29 Mac 2019 sehingga hari Ahad 31 Mac 2019.Datanglah beramai-ramai bagi menyaksikan kejohanan yang sulung kalinya diadakan di Padang Polo Pulau Pinang.

Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Olimpik Pulau Pinang pada bulan Jun 2019 bagi meraikan sambutan Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun untuk memperingati kelahiran Hari Olimpik Moden yang telah dimulakan pada 23 Jun 1894, di Paris.

Pada hari yang bersejarah ini, iaitu pada setiap tanggal 23 Jun, masyarakat diseluruh dunia telah disaran untuk melaksanakan kegiatan aktif bersenam dan pada masa yang sama turut bersama dalam menyemarakan semangat setia kawan, perpaduan dan perdamaian yang boleh dinikmati melalui sukan yang merupakan inti pati perjuangan pergerakan Olimpik.

Pada tahun ini, Negeri Pulau Pinang telah diberi kepercayaan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk menjadi hos penganjur terhadap acara simbolik kepada kejohanan sukan terkemuka dan tertinggi dunia yang menjadi idaman setiap ahli-ahli sukan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik. Bagi mengaktifkan masyarakat Pulau Pinang dan juga peminat-peminat sukan tanahair seluruh Malaysia, sebanyak 4 kejohanan melibatkan sukan Badminton di Kompleks Sukan Bandaraya Relau, sukan Bola Tampar dan sukan Sepak Takraw di Arena Sukan Azman Hashim Universiti Sains Malaysia dan juga sukan Tenpin Bowling di Aspiration Center Sunshine Square dan juga di MMBC Megamall Prai akan dianjurkan pada 12 hingga 22 Jun 2019.

Penyertaan untuk keempat-empat pertandingan ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang merangkumi 3 kategori umur yang dipertandingkan  iaitu dibawah umur 12 tahun, dibawah umur 18 tahun dan untuk mereka yang berumur 18 tahun dan keatas.

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini adalah melalui pendaftaran secara talian atau Online Registration di laman web Howei Online Event di https://event.howei.com/OLYMPIC-CARNIVAL-PENANG-2019 bermula pada 7 Mac 2019 sehingga 30 April 2019.  DAFTAR SEKARANG

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.