Informasi Sukan Terkini

Sekalung Tahniah

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan warga sukan Pulau Pinang menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7 dan juga kepada Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow diatas pelantikan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5.  Tahniah juga kepada semua Yang Berhormat Ahli Parlimen dan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah diberi mandat untuk mewakili rakyat Pulau Pinang dan Malaysia selaras dengan keputusan PRU-14. 

MSNPP turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan terdahulu terutamanya YAB Tuan Lim Guan Eng, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4 dan YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang  diatas sokongan tidak berbelah bahagi khususnya kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang dalam menggerakkan pembangunan sukan di peringkat negeri Pulau Pinang.

 

 

ESM BUKA PELUANG SERTAI PASUKAN KEBANGSAAN

Daripada Laman Majlis Sukan Negara MalaysiaDaripada Laman Majlis Sukan Negara Malaysia



KUALA LUMPUR, 15 April 2018 – Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) bakal menganjurkan kejohanan bagi mencari atlet berpotensi untuk menggalas tanggungjawab negara dalam 3 perisian iaitu DOTA 2, FIFA 18 dan Counterstrike (Global Offensive).

Kejohanan ini dijangka bakal melibatkan seramai 15,000 atlet sukan elektronik dari seluruh negara yang akan bertanding melalui pemilihan di 14 negeri, 30 kelab sukan elektronik kolej serta universiti di seluruh negara dan 6 zon untuk menjadi juara negara.

Pemilihan akan bermula dari bulan Julai hingga September 2018 sebelum peringkat akhir pemilihan akan di adakan di Ipoh, Perak bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) pada bulan September 2018.

Juara akan mewakili Malaysia secara rasmi ke pertandingan-pertandingan antarabangsa dan menyertai program pembangunan atlet sukan elektronik selama setahun bersama Majlis Sukan Negara dan ESM.

Majlis pelancaran National Esports Team Selection 2018 telah di adakan di Orange eSports Stadium, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu 14 April 2018 yang dihadiri Ketua Pengarah MSN, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.

Dalam pada itu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia juga telah menganjurkan China Esports Games 2018 Malaysia Qualifier bagi memilihatlet-atlet sukan elektronik untuk mewakili Malaysia di Tai Cang, Jiangsu, China pada 29 April 2018 hingga 1 Mei 2018.

(Sumber : https://www.nsc.gov.my/umum/esm-buka-peluang-sertai-pasukan-kebangsaan/)

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.