Informasi Sukan Terkini

Juara Dunia Kejohanan Billiard & Snuker Berpasukan Antarabangsa

Dua atlet Pulau Pinang yang mewakili negara dalam acara Billiard dan Snuker telah baru-baru ini berjaya memenangi Gelaran Dunia di Kejohanan Billiard dan Snuker Berpasukan Antarabangsa di Karachi, Pakistan pada 15 Ogos 2015.

Atlet Moh Keen Hoo dan Lim Kok Leong telah berjaya menewaskan pasukan Pakistan yang diwakili oleh Asjad Iqbal dan Shahid Aftab di dalam acara akhir Snooker Berpasukan dengan keputusan 5 - 4 sekaligus merangkul Gelaran Dunia untuk acara Snooker Berpasukan di mana ianya merupakan kemenangan sulung buat pasukan snuker Amatur Negara yang pertama di Hotel Movenpick, Karachi, Pakistan anjuran Persekutuan Billiard dan Snooker Antarabangsa (IBSF).

Warga Sukan Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua atlet tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ibsf.info/ .

Kejohanan Badminton Dunia 2015

JAKARTA: Impian bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2015 tidak kesampaian apabila kecundang kepada penyandang juara, Chen Long dari China di Istora Senayan di sini hari ini.

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.