Informasi Sukan Terkini

Kejohanan Floorball Piala Merdeka

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Floorball Lelaki dan Wanita Pulau Pinang yang telah menjuarai kedua-dua kategori Kejohanan Floorball Piala Merdeka yang telah dilangsungkan pada 4 hingga 6 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Luyang, Kota Kinabalu Sabah. 

Pasukan Lelaki Pulau Pinang telah menduduki tempat pertama antara 6 buah negeri yang mengambil bahagian iaitu Sabah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Perak dengan memenangi kesemua perlawanan yang dilangsungkan.

Manakala Pasukan Wanita Pulau Pinang turut mengecapi kejayaan yang sama apabila memenangi 3 daripada 4 perlawanan yang disertai menewaskan Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.merdekacup.com 

Al-fatihah buat arwah Syed Kamil Hakimi bin Syed Yusof, atlet sukan ekuestrian Pulau Pinang

 


Al-fatihah buat arwah Syed Kamil Hakimi bin Syed Yusof, atlet sukan ekuestrian Pulau Pinang  yang telah meninggal dunia pada 2 September 2015. Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Heartfelt condolences to the family and friends of the late Syed Kamil Hakimi Syed Yusof. Penang has just lost a talented State equestrian athlete. He will be missed. May his soul rest in peace.

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.