Terima Kasih Dato’ Seri Zolkples, Selamat Datang Encik Ahmad Shapawi


MAKLUMAN DARIPADA LAMAN PORTAL MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
 

BUKIT JALIL, 18 DISEMBER : Pesuruhjaya Sukan, En Ahmad Shapawi Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baru, bagi menggantikan Dato’ Seri Zolkples Embong berkuatkuasa 19 Disember 2014, demikian diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, En Khairy Jamaluddin selepas Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, di Bukit Jalil, petang ini.

Dato’ Seri Zolkples pula yang telah memegang jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 berkuatkuasa hari ini, 18 Disember 2014.

Keputusan berkenaan telah diputuskan dan dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengurus MSN yang bermesyuarat dipengerusikan oleh YB Menteri, di sini petang ini.

Sumber :http://www.nsc.gov.my/umum/terima-kasih-dato-seri-zolkples-selamat-datang-en-ehmad-shapawi/