Tragedi MH17

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga, rakan & kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 dari Penerbangan Malaysia.

Semoga tabah dalam menghadapi tragedi ini yang turut dikongsi kesedihannya oleh seluruh warga Malaysia. Sesungguhnya peristiwa ini amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang masih belum reda dengan peristiwa kehilangan MH 370.