SEMANGAT SUKAN TERUS MEMBARA DI KALANGAN ATLET-ATLET SUKMA PULAU PINANG


Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah melancarkan program ‘Stay Home Stay Fit’ pada 20 April 2020, kata YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
Melalui program yang disiarkan secara atas talian (online) ini, atlet-atlet Pulau Pinang sememangnya akan dapat berkongsi pengalaman mereka dan latihan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi Facebook.

Antara atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam program ‘Stay Home Stay Fit’ ialah pemain badminton beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon, Goh Jin Wei, Tan Kei Yi, Ng Chun Chen, Mohamad Hafiz dan lain-lain.
 
Siaran secara talian ini akan diadakan pada setiap hari pada jam 4.45 petang dan 5.30 petang.
 
YB juga memaklumkan bahawa dia akan mengambil bahagian dalam program tersebut bersama Chan Peng Soon pada 23 April, 4.30 petang, di mana masyarakat juga boleh mengemukakan soalan di komen bagi meningkatkan lagi interaksi dengan Chan.
 
“Atlet-atlet negeri Pulau Pinang juga tidak terkecuali untuk mematuhi arahan PKP dan semua latihan telah dihentikan. Pada masa yang sama, oleh sebab penularan wabak Covid-19, SUKMA XX di Johor juga telah ditangguhkan. Namun, ia tidak menggoyahkan cita-cita atlet-atlet kita untuk meraih pingat emas,” katanya.
Sementara itu, atlet-atlet negeri Pulau Pinang juga meneruskan latihan masing-masing saban hari di kediaman tempat tinggal untuk bersiap sedia bersaing di arena sukan.
 
Melalui program ‘Stay Home Stay Fit’, masyarakat akan berpeluang untuk mengenali atlet-atlet negeri Pulau Pinang dan berinteraksi dengan mereka menerusi siaran langsung di Facebook.
 
Anda boleh mengikuti halaman-halaman Facebook berikut untuk mendapatkan informasi yang lanjut:
 

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.