Emas Sukan Komanwel 2018

Datuk Wira Lee Chong Wei menang pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini. Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, beliau telah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India dengan kiraan 19-21, 21-14, 21-14.

Ini adalah pingat emas ketiga Chong Wei dalam edisi Sukan Komanwel pada acara perseorangan lelaki selepas memenanginya pada 2006 dan 2010, lapor Bernama.

Maklumat lanjut mengenai kejayaan kontinjen Negara boleh disemak melalui https://www.mysumber.com/pingat-sukan-komanwel.html